Ya Allah…
betapa aku merindui waktu itu..
waktu yang Kau izinkan kami bertemu…
bertemu sebagai umat Nabi Muhammad dan Hamba Mu ya Allah..
bertemu hanya untuk menjalinkan ukhuwah..
ukhuwah yg sukar dicari…
ukhuwah yang membuatkan ku lebih dekat kepada Mu..
dan Kau izinkan kami bersatu
bersatu untuk berkongsi ilmu Mu ya Allah..
ilmu yang akan diguna untuk mempertahankan ibu pertiwi..
kini semua telah pergi..
hanya kenangan kekadang membuat ku tersenyum..
terima kasih ya Allah…
kerana sudi mengurniakan waktu itu..
pada permulaan hanya nama sebagai kenalan..
semakin lama Engkau titipkan cinta dihati kami..
cinta yang sukar ditanam jika tiada keikhlasan..
cinta sebagai seorang sahabat kepada sahabatnya…
engkau pinjamkan sahabat-sahabat itu..
sahabat yang akan pertahankan sahabatnya..
sahabat yang akan menangis untuk sahabatnya..
sahabat yang akan merasa kesakitan sahabatnya..
sahabat yang mungkin untuk selamanya…
aku tidak minta mereka mengingati aku jika aku sudah pergi…
apatah lagi untuk cinta mereka…
aku tidak layak untuk semua itu…
Cuma ini doa ku untuk mereka ya Allah..
Moga mereka hidup dalam kasih sayang mu ya Allah..
Jika kasih sayang Mu kekal dalam diri mereka,
Mereka tidak akan tergelincir dari landasanmu ya Allah..
Landasan yang ke syurgaMu..
warkah ini bukan luahan hatiku..
tetapi hanya untuk menyatakan terima kasihku kepada Mu..
kerana sudi mewujudkan waktu itu walaupun pasti ada
perpisahan..
Moga perpisahan kali ini mengajarku erti cinta Allah..
Terima kasih ya Allah..
Kerana meminjamkan mereka kepadaku..